cp.jpg

kenali

kami

Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan

Selari dengan namanya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan atau singkatannya MPMMJ merupakan badan perwakilan induk bagi mahasiswa Malaysia yang sedang menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi di Jordan. Tertubuh pada tahun 2000, MPMMJ secara rasminya bernaung dibawah Education Malaysia Jordan (EMJ) iaitu satu entiti Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia di luar negara yang beroperasi bawah Kedutaan Besar Malaysia Amman.

logo MPMMJ.png

Persatuan ini telah diasaskan atas faktor kesedaran bersama persatuan-persatuan mahasiswa di Jordan untuk bersatu sebagai sebuah majlis perwakilan. Tujuan utamanya adalah untuk menyelaras, mengatur serta mewakili suara semua mahasiswa Malaysia yang berada di Jordan. Selain itu, MPMMJ berperanan sebagai persatuan induk yang menjadi badan penyelaras aktiviti dan pendokumentasian Persatuan-persatuan Zon, Badan Kebajikan Anak Negeri mahupun Kelab-kelab yang bernaung di bawah MPMMJ.

 

MPMMJ berpegang teguh dengan dasarnya sebagai sebuah badan perwakilan yang menitikberatkan hal ehwal kebajikan ahli-ahlinya, di samping memberi tumpuan terhadap aspek akademik, kesedaran dan intelektual mahasiswa. MPMMJ juga menjunjungi tinggi nilai-nilai Islam dalam gerak kerjanya dan mempunyai visi untuk membangun mahasiswa kelas pertama yang mencerminkan peribadi seorang Muslim dalam segenap aspek kehidupan.

Penaung MPMMJ
Logo Kedutaan.png

Kedutaan Besar Malaysia Amman

logo EMJ.png

Education Malaysia Jordan

Misi MPMMJ
  • Membangun kualiti mahasiswa dengan pembudayaan ilmu.

  • Meningkatkan jati diri Muslim dalam kalangan warga MPMMJ

  • Mengoptimumkan fungsi kebajikan dalam MPMMJ

  • Memperkenalkan MPMMJ di peringkat antarabangsa

Visi MPMMJ

“Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M. Kelas Pertama”

 

(MODERATE. UNITY. SPIRITUAL. LEADERSHIP INTELLECTUAL . MATURITY)

Objektif MPMMJ

Setiap tahun, Jordan menjadi pilihan untuk menyambung pengajian di peringkat IPT terutamanya bagi mahasiswa lepasan SPM dan diploma baik dalam bidang pengajian Islam, kesusasteraan Bahasa Arab, ekonomi dan perbankan Islam, perubatan mahupun pergigian. MPMMJ berperanan sebagai persatuan induk yang menjadi badan penyelaras aktiviti serta pendokumentasian persatuan-persatuan zon, badan kebajikan anak negeri mahupun kelab-kelab yang bernaung di bawah MPMMJ.

DASAR

MPMMJ

20/21

dunia

mpmmj

Jaringan &

Identiti MPMMJ

biah

mpmmj

Generasi Berilmu

& Komuniti Islami

izzah

mpmmj

Gerak Kerja

Profesionalisme

Biah MPMMJ

Ilmiyyah

Menjana generasi berilmu pengetahuan luas sama ada dalam bidang pengajian universiti mahupun pengajian luar dengan cara bedah buku, mengulas isu semasa, diskusi dan pembentangan ilmiah di pelbagai peringkat disamping mengambil serius penguasaan bahasa Arab ahli MPMMJ. Hebahan kelas-kelas talaqqi turut akan diketengahkan bagi memberi pendedahan lebih meluas kepada mahasiswa di Jordan berkaitan kelas-kelas bersama pakar-pakar akademik di Jordan selain pengajian di universiti.

 

Membantu komuniti MPMMJ untuk menguasai kemahiran insaniah seperti ilmu keusahawanan dan multimedia dengan mengetengahkan figura-figura mahasiswa Jordan, bengkel dan program dibawah tema 'MPMMJ Serba Boleh'. Program HEWI Idol juga akan dilaksanakan berfokus kepada kemahiran kendiri wanita serta melahirkan tokoh-tokoh mahasiswi yang berpotensi besar.

Solehah

Melahirkan komuniti yang memahami dan menghayati nilai-nilai Islam dengan mewujudkan gelombang biah solehah mengikut tema tertentu secara berkala. Ia turut akan diiringi dan dilengkapkan lagi dengan tema bulanan HEWI khusus kepada mahasiswi di Jordan. MPMMJ juga akan menetapkan satu hari sunnah pada setiap minggu bagi menggalakkan seluruh mahasiswa untuk mengamalkan sunnah pada hari tersebut. Selain itu, Quran Hour juga akan dijalankan bagi menyahut seruan #QuranHour yang saban tahun dijalankan di Malaysia. Bagi mengisi rohani para pimpinan, setiap mesyuarat akan dimulakan dengan sedikit tazkiran dan peringatan ringkas dan akan diakhiri dengan doa rabitah.

 

Dunia MPMMJ

Global

Melebarkan jaringan MPMMJ bersama masyarakat Malaysia di luar Jordan dengan memanfaatkan portal MPMMJ dan media sosial MPMMJ, serta memperkenalkan pusat pengajian di Jordan. Membina dan mengekalkan hubungan bersama persatuan pelajar yang sedia ada seperti Malaysian Students' Global Alliance (MSGA) untuk pertukaran ilmu dan maklumat. MPMMJ juga akan memanfaatkan Memorendum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani bersama Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA) dengan mengatur beberapa program bersama dalam hal berkaitan kaunseling dan kesihatan mental khususnya.

Lokal

Meluaskan identiti MPMMJ kepada seluruh ahli melalui penglibatan menyeluruh MPMMJ dan ahli dalam beberapa program seperti Road Tour MPMMJ, Family Day HEWI dan Sukan Se-Jordan. Pengenalan pimpinan MPMMJ juga akan dibuat secara berkala demi membentuk hubungan yang lebih erat antara MPMMJ dan ahli.

Izzah MPMMJ

Pengurusan

Melahirkan generasi yang cekap dalam menguruskan perkara rasmi melalui sebuah bengkel kepemimpinan yang diberi nama Nadwah Umara'. Para pimpinan persatuan mahasiswa di seluruh Jordan akan dikumpulkan dan diberi kursus berkaitan kepemimpinan selama sehari. Hebahan dan rujukan etika juga akan disebarkan kepada seluruh persatuan mahasiswa di Jordan bagi tujuan keseragaman dan kesusilaan dalam setiap program yang dijalankan. Pertemuan bersama kelab-kelab juga akan dijalankan bagi tujuan penyelarasan sekali gus dapat melicinkan gerak kerja bersama.

Pendokumentasian

Mempermudah gerak kerja Setiausaha dan Bendahari Agung MPMMJ melalui penyelarasan modul Jabatan Kesetiausahaan dan format Jabatan Perbendaharaan di setiap entiti. Sebuah 'Combo Set' yang mengandungi format-format penting juga akan disediakan dan dihebahkan bagi tujuan mempermudah gerak kerja AJK program MPMMJ khususnya dan persatuan lain umumnya.

Pelestarian Kewangan

Sebuah Proposal Dana MPMMJ yang mengandungi butiran berkaitan program-program MPMMJ serta anggaran kewangan tahunan MPMMJ akan disiapkan. Proposal ini akan dihantar dan dibentangkan kepada badan-badan korporat yang berpotensi memberi sumbangan dan tajaan kepada MPMMJ dalam menjalankan satu sesi pentadbirannya. Di samping itu, statistik kewangan MPMMJ juga akan dihebahkan bagi menunjukkan kecekapan MPMMJ dalam mengurus kewangan persatuan. Bagi menjana pendapatan MPMMJ, unit ekonomi di setiap Persatuan Zon akan digerakkan bagi membina rangkaian perniagaan yang bersesuaian sekali gus dapat mengurangkan beban kewangan persatuan.