Selamat Datang Ke

PERTAMA 2019

latar belakang program

Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan (PERTAMA) merupakan program mega tahunan anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ). Program ini menghimpunkan seluruh mahasiswa Malaysia yang menuntut di Jordan bagi sama-sama bersidang dan berdiskusi mengikut tema-tema yang dipilih saban tahun.

Penganjuran PERTAMA kali ini adalah merupakan kali yang ke-14 dalam sejarah penubuhan MPMMJ. “Psychology and Mental Health” merupakan tema yang dipilih sebagai fokus persidangan pada tahun ini, dengan tujuan memberi pendedahan serta pencerahan mengenai hubungkait kesihatan mental dan spiritual. Ternyata mahasiswa Malaysia di Jordan telah dilatih di universiti masing-masing untuk meluaskan pembacaan dan pengetahuan di luar bidang pengajian melalui subjek elektif namun kegesaan untuk menambah ilmu tidak boleh dipuaskan. Hal ini kerana hakikat dalam pendidikan adalah kemajuan dalam praktikal mestilah selari dengan pengetahuan teori demi membuktikan kesahihan ilmu melaksanakan solusi yang logik dan munasabah serta mewujudkan suasana kreatif dan inovatif.

Oleh yang demikian, PERTAMA-14 bermatlamat menjemput ahli-ahli panel yang berkelayakan untuk membentangkan kertas kerja dan berwacana secara ilmiah mengenai tema pada tahun ini. Skop perbahasan mengetengahkan perbincangan dua hala berkenaan psikologi dan kesihatan mental dari sudut disiplin akademik dan hubungkaitnya dengan Islam dan sosial. PERTAMA-14 membuka seluas-luas ruang dan peluang untuk mahasiswa berkongsi pandangan, meluahkan idea yang ingin disampaikan disamping memupuk jati diri belia yang lebih proaktif dan progresif kepada masyarakat Malaysia.

Justeru itu, semoga dengan penganjuran PERTAMA kali ke-14 ini dapat memberi input yang bermanfaat serta membawa seribu satu kebaikan kepada mahasiswa Malaysia di Jordan sekaligus mencapai visi kami iaitu Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M. Kelas Pertama.

objektif program

  • Memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang hubungkait antara kesihatan mental dan kesejahteraan spiritual.

  • Membuka minda mahasiswa tentang realiti masalah kesihatan mental daripada perspektif sains dan Islam.

  • Memupuk minat mahasiswa untuk menceburi diri dalam bidang psikologi.

  • Melahirkan mahasiswa yang cakna akan isu berkaitan masalah mental yang berlaku dalam kalangan mahasiswa khususnya dan masyarakat amnya.
     

  • Menjadi medium kepada seluruh mahasiswa Malaysia di Jordan bagi melontarkan idea dan berinteraksi secara langsung dengan tokoh-tokoh dalam bidang psikologi.

POSTER UTAMA PROGRAM

slot panelis 

latar belakang panelis

FORUM

penaja program

VIDEO program

HUBUNGI KAMI

No. 5, Tayseer Na'na'ah Street Off Astana Street,

Abdoun, P.O. Box 5351 Amman 11183

Hashemite Kingdom of Jordan.

​​

Telefon: +962 7 7741 7467

Whatsapp: +962 7 7741 7467

mpmmjordan2000@gmail.com

  • Facebook - White Circle
  • Twitter - White Circle
  • YouTube - White Circle

© 2021. Hak cipta terpelihara MPMMJ.