Selamat Datang Ke

PERTAMA 2021

PERTAMA 2021

latar belakang program

Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Jordan (PERTAMA) merupakan program mega tahunan anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ). Program ini menghimpunkan seluruh mahasiswa Malaysia yang menuntut di Jordan bagi sama-sama bersidang dan berdiskusi mengikut tema-tema yang dipilih saban tahun. Penganjuran PERTAMA kali ini adalah merupakan kali ke-15 dalam sejarah penubuhan MPMMJ.

 

Maqasid Syariah merupakan tema yang dipilih sebagai fokus persidangan pada tahun ini, dengan tujuan memberi pendedahan serta pencerahan mengenai perkara yang diterangkan oleh ulama usul fiqh tentang makna dan tujuan yang dikehendaki syara' dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia.

 

Maqasid Syariah juga mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mengukur dan mempertimbang sesuatu perkara demi menjamin kemaslahatan dan menolak keburukan. Pertimbangan yang menjadi kayu ukur ini semestinya berlandaskan nilai-nilai al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi asa bagi memastikan ianya berada dalam kerangka syariat.

Justeru itu, tema kali ini bertujuan melahirkan mahasiswa Jordan yang berfikiran kritis, dalam masa yang sama matang dalam mendepani arus pemodenan masa kini sekali gus mencapai visi MPMMJ iaitu 'Membangun Mahasiswa MU.S.L.I.M. Kelas Pertama'.

objektif program

  • Memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang hubung kait Maqasid Syariah dalam kehidupan seharian sesebuah masyarakat.

  • Membuka minda mahasiswa tentang kepentingan Maqasid Syariah dalam pelbagai aspek kehidupan.

  • Memupuk mahasiswa untuk mendalami ilmu pengajian Islam dengan lebih terperinci.
     

  • Melahirkan mahasiswa yang berkemampuan dan berkemahiran dalam menjawab persoalan masyarakat di Malaysia mengenai sebarang isu berkaitan Maqasid Syariah.

ucaptama program

ucaptama.jpg

slot panelis 

slot1.jpg
slot2.jpg
slot3.jpg

latar belakang panelis

panel.jpg
panel2.jpg

slot pembentangan mahasiswa

kertas kerja pelajar.jpg

'fact of the day'

fact 2.jpg
fact 3.jpg
fact 1.jpg

penaja program

tajaan.jpg

album program

1.jpg
3.jpg
2.jpg
4.jpg