MPMMJ

2-7 Februari 2021

Penganjuran Festival Sukan ini bermatlamat untuk melahirkan mahasiswa yang berdaya saing dan tidak semata-mata menyertai kejohanan ini untuk bersukan sahaja. Dalam usaha memenangi setiap acara yang dipertandingkan, pastinya mahasiswa akan memperolehi pengajaran yang berguna seperti semangat berkumpulan, bijak mengatur rencana dan strategi serta ilmu berkaitan kecergasan.

Pada awal Februari lalu telah berlangsungnya Festival Sukan Se-Jordan di tiga buah Persatuan Zon iaitu PERMAI, PPMA dan PERMATA manakala PRISMA telah melangsungkannya pada penghujung tahun 2020 yang lalu.

Pelbagai pertandingan sukan telah diadakan seperti futsal, badminton dan catur yang menyaksikan mahasiswa Malaysia di Jordan berentap secara sihat. Penganjuran Festival Sukan ini bermatlamat untuk melahirkan mahasiswa yang berdaya saing dan tidak semata-mata menyertai kejohanan ini untuk bersukan sahaja. Dalam usaha memenangi setiap acara yang dipertandingkan, pastinya mahasiswa akan memperolehi pengajaran yang berguna seperti semangat berkumpulan, bijak mengatur rencana dan strategi serta ilmu berkaitan kecergasan.

Walaubagaimanapun, penganjurannya kali ini amat berbeza sekali dengan tahun-tahun sebelum ini yang mana penglibatan dan perkumpulan mahasiswa terpaksa dihadkan dan mengikut 'standard operating procedure' (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan Jordan bagi membanteras penularan Covid-19. Apapun, program telah berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya tanpa ada insiden yang tidak diinginkan. 'Badan Cergas, Minda Cerdas'