MPMMJ

15 Februari 2020

Program IQ FESTIVAL pada kali ini membawakan suatu kelainan tersendiri dengan menggabungkan dua elemen iaitu intelektual dan al-Quran.

Intellectual and Quranic Festival (IQ FESTIVAL) merupakan program anjuran Badan Koordinator Akademik dan Intelektual (BKAI) MPMMJ yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini. Program IQ FESTIVAL pada kali ini membawakan suatu kelainan tersendiri dengan menggabungkan dua elemen iaitu intelektual dan al-Quran. IQ FESTIVAL menyediakan dua jenis kategori dengan beberapa jenis pertandingan. Antara pertandingan intelektual yang disediakan ialah pertandingan Ted Talk, debat Bahasa Arab dab Pertandingan Nasyid. Pertandingan Musabaqah al-Quran pula kami bawakan pertandingan Tilawah dan tiga kategori hafazan iaitu kategori Juzuk 25-30, Juzuk 1-10, dan Juzuk 1-30. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menekankan aspek pembangunan intelektual dan kemahiran insaniah para pelajar. Program ini juga bertujuan bagi mewujudkan suasana qurani dalam kalangan mahasiswa di samping merapatkan lagi jaringan perhubungan dan persahabatan antara universiti juga pelajar ASEAN melalui penyertaan yang dibuka seluas-luasnya kepada semua.

HUBUNGI KAMI

No. 15, Moh’d Baseem Al-Khammash Street,

Sweileh, P.O. Box 143310,

Amman 11185, Jordan.

​​

Telefon: +962 7 7951 3658

Whatsapp: +962 7 7951 3658

mpmmjordan2000@gmail.com

  • Facebook - White Circle
  • Twitter - White Circle
  • YouTube - White Circle

© 2020 by UDINS. Hak cipta terpelihara MPMMJ.