MPMMJ

20 Februari 2021

Walaupun sesi pentadbiran bakal berganti tidak lama lagi, MPMMJ hendaklah terus menjalankan tugasnya dengan berkesan sebagai badan penyelaras persatuan mahasiswa di Jordan sekali gus dapat melahirkan mahasiswa M.U.S.L.I.M. kelas pertama selari dengan visinya.

Alhamdulillah, pada Sabtu, 20 Februari 2021 yang lepas, telah berlangsungnya sebuah program tahunan MPMMJ iaitu Induksi BK MPMMJ bagi sesi 21/22 di Irbid, Jordan. Sejumlah 19 orang pimpinan terdiri daripada pimpinan MPMMJ sesi semasa dan sesi hadapan telah berkumpul bagi membolehkan pertukaran idea dan pendapat sesama mereka.

Fokus utama bagi program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada pimpinan baharu berkaitan gerak kerja dan skop tugas setiap Badan Koordinator yang ada di MPMMJ. Setiap Badan Koordinator diberikan ruang dan slot khas bagi menerangkan tugas yang perlu dilaksanakan mereka sebagai Pengerusi dan Timbalannya sepanjang satu sesi pentadbiran. Hal ini perlu dititik beratkan bagi menjamin kelancaran gerak kerja MPMMJ secara keseluruhannya.

Walaupun sesi pentadbiran bakal berganti tidak lama lagi, MPMMJ hendaklah terus menjalankan tugasnya dengan berkesan sebagai badan penyelaras persatuan mahasiswa di Jordan sekali gus dapat melahirkan mahasiswa M.U.S.L.I.M. kelas pertama selari dengan visinya.

Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar segala input yang diperoleh sepanjang 7 jam program berlangsung dapat dipatrikan untuk sesi pentadbiran 2021/2022 nanti.

.: MPMMJ Di Hati, Sedia Berbakti :.