MPMMJ

25-26 Disember 2020

Maqasid Syariah juga mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mengukur dan mempertimbang sesuatu perkara demi menjamin kemaslahatan dan menolak keburukan. Pertimbangan yang menjadi kayu ukur ini semestinya berlandaskan nilai-nilai al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi asa bagi memastikan ianya berada dalam kerangka syariat.​

Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Jordan (PERTAMA) merupakan program mega tahunan anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ). Program ini menghimpunkan seluruh mahasiswa Malaysia yang menuntut di Jordan bagi sama-sama bersidang dan berdiskusi mengikut tema-tema yang dipilih saban tahun. Penganjuran PERTAMA kali ini adalah merupakan kali ke-15 dalam sejarah penubuhan MPMMJ.

Maqasid Syariah merupakan tema yang dipilih sebagai fokus persidangan pada tahun ini, dengan tujuan memberi pendedahan serta pencerahan mengenai perkara yang diterangkan oleh ulama usul fiqh tentang makna dan tujuan yang dikehendaki syara' dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia.

Maqasid Syariah juga mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mengukur dan mempertimbang sesuatu perkara demi menjamin kemaslahatan dan menolak keburukan. Pertimbangan yang menjadi kayu ukur ini semestinya berlandaskan nilai-nilai al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi asa bagi memastikan ianya berada dalam kerangka syariat.​

Justeru itu, tema kali ini bertujuan melahirkan mahasiswa Jordan yang berfikiran kritis, dalam masa yang sama matang dalam mendepani arus pemodenan masa kini sekali gus mencapai visi MPMMJ iaitu 'Membangun Mahasiswa MU.S.L.I.M. Kelas Pertama'.