MPMMJ

21 November 2019

Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan (PERTAMA) merupakan program mega tahunan anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ). Program ini menghimpunkan seluruh mahasiswa Malaysia yang menuntut di Jordan bagi sama-sama bersidang dan berdiskusi mengikut tema-tema yang dipilih saban tahun.

Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan (PERTAMA) merupakan program mega tahunan anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ). Program ini menghimpunkan seluruh mahasiswa Malaysia yang menuntut di Jordan bagi sama-sama bersidang dan berdiskusi mengikut tema-tema yang dipilih saban tahun. Penganjuran PERTAMA kali ini adalah merupakan kali yang ke-14 dalam sejarah penubuhan MPMMJ. “Psychology and Mental Health” merupakan tema yang dipilih sebagai fokus persidangan pada tahun ini, dengan tujuan memberi pendedahan serta pencerahan mengenai hubungkait kesihatan mental dan spiritual. Ternyata mahasiswa Malaysia di Jordan telah dilatih di universiti masing-masing untuk meluaskan pembacaan dan pengetahuan di luar bidang pengajian melalui subjek elektif namun kegesaan untuk menambah ilmu tidak boleh dipuaskan. Hal ini kerana hakikat dalam pendidikan adalah kemajuan dalam praktikal mestilah selari dengan pengetahuan teori demi membuktikan kesahihan ilmu melaksanakan solusi yang logik dan munasabah serta mewujudkan suasana kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian, PERTAMA-14 bermatlamat menjemput ahli-ahli panel yang berkelayakan untuk membentangkan kertas kerja dan berwacana secara ilmiah mengenai tema pada tahun ini. Skop perbahasan mengetengahkan perbincangan dua hala berkenaan psikologi dan kesihatan mental dari sudut disiplin akademik dan hubungkaitnya dengan Islam dan sosial. PERTAMA-14 membuka seluas-luas ruang dan peluang untuk mahasiswa berkongsi pandangan, meluahkan idea yang ingin disampaikan disamping memupuk jati diri belia yang lebih proaktif dan progresif kepada masyarakat Malaysia. Justeru itu, semoga dengan penganjuran PERTAMA kali ke-14 ini dapat memberi input yang bermanfaat serta membawa seribu satu kebaikan kepada mahasiswa Malaysia di Jordan sekaligus mencapai visi kami iaitu Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M. Kelas Pertama.

HUBUNGI KAMI

No. 15, Moh’d Baseem Al-Khammash Street,

Sweileh, P.O. Box 143310,

Amman 11185, Jordan.

​​

Telefon: +962 7 7951 3658

Whatsapp: +962 7 7951 3658

mpmmjordan2000@gmail.com

  • Facebook - White Circle
  • Twitter - White Circle
  • YouTube - White Circle

© 2020 by UDINS. Hak cipta terpelihara MPMMJ.