MPMMJ

19 Februari 2021

Program ini memberikan input dan pemahaman yang lebih kukuh tentang tasawwur Islam khususnya seiring dengan dasar pembudayaan ilmu yang amat dititikberatkan oleh MPMMJ.

Mahasiswa merupakan aset yang sangat bernilai dalam menentukan hala tuju masa hadapan sesebuah negara. Mahasiswa mampu menjadi agen pencorak masyarakat yang harmoni berlandaskan syariat dan tuntutan kehidupan. Penerapan budaya cintakan ilmu sangat penting untuk melahirkan mahasiswa yang kritikal dalam memberi idea dan vokal dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.

Justeru, Badan Koordinator Pembangunan Insan (BKPI) Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) dengan kerjasama Education Malaysia Jordan (EMJ) akan menganjurkan program Wacana Ilmiah Mahasiswa Islami atau dahulunya dikenali sebagai program Generation of Ulul Albab (GOAL) merupakan program tahunan yang mana sasarannya semua pelajar baru iaitu mahasiswa tahun 1 dan tahun 3 Kolej Yayasan Pahang (KYP).

Program ini memberikan input dan pemahaman yang lebih kukuh tentang tasawwur Islam khususnya seiring dengan dasar pembudayaan ilmu yang amat dititikberatkan oleh MPMMJ. Hal ini kerana ia mengaplikasikan kepentingan usrah dan penghayatan Islam dalam aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Ini membuktikan bahawa program ini amat penting dalam membentuk generasi islam yang sejati.

Justeru itu, semoga dengan penganjuran GOAL 2020 ini dapat memberi input yang bermanfaat serta membawa seribu satu kebaikan kepada mahasiswa Malaysia di Jordan sekaligus mencapai visi kami iaitu Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M. Kelas Pertama.

HUBUNGI KAMI

No. 5, Tayseer Na'na'ah Street Off Astana Street,

Abdoun, P.O. Box 5351 Amman 11183

Hashemite Kingdom of Jordan.

​​

Telefon: +962 7 7741 7467

Whatsapp: +962 7 7741 7467

mpmmjordan2000@gmail.com

  • Facebook - White Circle
  • Twitter - White Circle
  • YouTube - White Circle

© 2021. Hak cipta terpelihara MPMMJ.