PERTAMA.jpg

program

TAHUNAN

MAT 20.jpg
JPR MPMMJ.jpg
logo MPMMJ.png
MTS SEJORDAN.jpg

MAT MPMMJ

JPR MPMMJ 

Ziarah Mahabbah

HTS MPMMJ

mat mpmmj

Mesyuarat Agung Tahunan MPMMJ 


MAT MPMMJ merupakan sebuah persidangan tahunan yang diadakan bagi menandakan pengakhiran sesebuah sesi pentadbiran dan permulaan bagi sesi baharu. MPMMJ akan menggunakan peluang ini bagi membentang laporan pentadbiran, aktiviti dan kewangan sepanjang sesi tersebut. Perwakilan yang terlibat juga akan berbahas sesama mereka bagi membenihkan sesuatu yang bermanfaat kepada ahli MPMMJ keseluruhannya. Persidangan akan diakhiri dengan pengisytiharaan keputusan pilihan raya MPMMJ dan penyerahan kuasa kepada pimpinan Ahli Majlis Tertinggi baharu.

jpr mpmmj

Jawatankuasa Pilihan Raya MPMMJ 


JPR MPMMJ merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi melaksanakan pilihan raya MPMMJ secara telus tanpa campur tangan mana-mana pihak. 7 kerusi utama daripada Ahli Majlis Tertinggi akan dipertandingkan sepanjang tempoh pilihan raya ini berlangsung. Mana-mana ahli MPMMJ yang berkelayakan boleh mencalonkan diri untuk bertanding dan berkempen bagi mengutip kepercayaan pengundi yang merupakan ahli MPMMJ sendiri. Calon yang memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan akan diumumkan secara rasmi dan diserahkan kuasa pada Mesyuarat Agung Tahunan MPMMJ.

ZIARAH MAHABBAH

Ziarah Mahabbah MPMMJ bersama KBMA


Ziarah Mahabbah ini adalah sebuah pertemuan yang diatur oleh MPMMJ bersama dengan Kedutaan Besar Malaysia Amman (KBMA). Pertemuan ini kebiasaannya akan berlangsung pada awal sesi pentadbiran MPMMJ. Antara objektif program ini adalah:

1. Memperkenal barisan Ahli Majlis Mesyuarat MPMMJ semasa kepada TYT Duta dan pegawai-pegawai KBMA yang lain.

2. Membentangkan perancangan dan program yang bakal diadakan sepanjang satu sesi pentadbiran MPMMJ.

3. Menjalin hubungan yang erat dan memperoleh sokongan daripada TYT Duta dan pegawai-pegawai KBMA yang lain.

4. Mendapatkan nasihat dan pandangan daripada KBMA berkaitan isu-isu terkini dan segala yang berkaitan dengan 

    gerak kerja MPMMJ.

hTS MPMMJ 

Hari Taaruf Siswa & Wacana Ilmiah Mahasiswa Islami

Hari Taaruf Siswa adalah sebuah program khusus untuk mahasiswa baharu. Program ini berfungsi untuk mendedahkan dan memberi penerangan kepada mereka berkaitan Kedutaan seperti konsular, keselamatan dan pelbagai lagi. Education Malaysia Jordan (EMJ) juga diberikan slot khas bagi menerangkan serba sedikit berkaitan latar belakang pengajian universiti di Jordan dan hal ehwal mahasiswa. MPMMJ juga berpeluang untuk memperkenal persatuan-persatuan mahasiswa yang ada di Jordan sebagai pemudahcara urusan mereka sepanjang pengajian di Jordan.

Program ini turut diadakan bersama Wacana Ilmiah Mahasiswa Islami (atau lebih dikenali sebagai Generation of Ulul Albab GOAL sebelum ini). Wacana ini mengetengahkan hal-hal berkaitan kefahaman Islam dan tatasusila mahasiswa Malaysia di Timur Tengah. Panel-panel hebat terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka mahupun alumni mahasiswa Jordan dijemput bagi berkongsi mutiara berharga buat mahasiswa baharu.

MAT 20.jpg
JPR MPMMJ.jpg
logo MPMMJ.png
MTS SEJORDAN.jpg

MAT MPMMJ

JPR MPMMJ 

Ziarah Mahabbah

Ramadan & Syawal

94390409_2702013373229437_10319413983890
cof.jpg
sukan.png
merdeka.jpg

Ramadan & Syawal

Circle of Family

Sukan Se-Jordan

Malaysia Merdeka

Ramadan & syawal

Sambutan Ramadan

Saban tahun, kehadiran Ramadan akan disambut penuh gemilang oleh persatuan mahasiswa Malaysia se-Jordan. Pelbagai program akan dijalankan bagi memeriahkan bulan Ramadan yang dirindukan ini sama ada di peringkat MPMMJ, mahupun di peringkat Persatuan Zon. Antara program yang berlangsung sepanjang sambutan ini adalah:

1. Quran Hour dan Tadabbur Surah Pilihan (Selaras di bawah MPMMJ)
2. Iftar Jamaie (Mengikut Persatuan Zon masing-masing)
3. Agihan Makanan Berbuka
4. Tilawah dan Tadarus Al-Quran mengikut usrah
5. Kutipan Zakat Fitrah (Dikelolai oleh Unit Zakat dan Sedekah MPMMJ)
 

Sambutan Aidilfitri

Kemeriahan Syawal yang dinanti turut dapat dirasai oleh mahasiswa yang tidak berkesempatan untuk pulang ke tanah air menyambut Aidilfitri disisi keluarga mereka. KBMA dengan kerjasama persatuan mahasiswa di Jordan akan mengadakan sambutan Aidilfitri ini di Kedutaan pada setiap tahun. Dimulai dengan solat sunat Aidilfitri dan khutbahnya, kemudian disusuli dengan jamuan yang pelbagai seperti lemang, nasi impit, rendang dan banyak lagi hidangan yang biasa dijumpai ketika perayaan Syawal ini. 

Bukan sekadar itu sahaja, sambutan Syawal turut disambut dengan meriah sekali di Persatuan Zon melalui rumah terbuka yang diadakan di Rumah Persatuan masing-masing. Para mahasiswa akan merewang bersama dan bergotong-royong menyiapkan juadah yang bakal dihidangkan. Ia saling tidak tumpah seperti keadaannya di Malaysia.

CIRCLE OF FAMILY

Program Kaunseling Berkelompok

Program ini adalah hasil inisiatif Education Malaysia Jordan (EMJ) bagi mempersiap mahasiswa baharu dengan bekalan yang mencukupi bagi menghadapi cabaran melanjutkan pelajaran di luar negara khususnya di Jordan. Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA) yang telah menandatangani Memorendum Persefahaman (MoU) bersama MPMMJ sejak 2019 yang lalu. Antara fokus utama program ini adalah memberi kaunseling dan pendedahan berkaitan kesihatan mental kepada mahasiswa baharu. Pihak PEKA juga bersedia untuk memberi kursus khas kepada para naqib usrah di Jordan berkaitan dengan modul kaunseling sekali gus menjadikan mereka kaunselor muda yang akan membantu mahasiswa baharu dan merujuk mereka kepada PEKA sekiranya berkeperluan.​

SUKAN SE-JORDAN

Festival Sukan di Persatuan Zon


Festival Sukan ini antara yang dinanti-nantikan oleh seluruh mahasiswa. Festival ini diadakan bagi meraikan kepelbagaian minat dan bakat mahasiswa di Jordan yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, bahkan turut cemerlang dalam bidang sukan. Atas faktor kewangan, masa dan tempat festival ini sering kali diadakan di peringkat Persatuan Zon sahaja. Pelbagai acara sukan dipertandingkan seperti bola sepak, futsal, bola jaring, badminton dan banyak lagi. Selain itu, sukan 'indoor' seperti catur dan congkak turut dipertandingkan. Bahang kemeriahan festival sukan ini pasti menarik minat sesiapa sahaja yang menonton tatkala melihat gelagat para mahasiswa memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing melalui sorakan dan nyanyian semangat yang sangat kreatif. Pastinya, anugerah yang paling direbuti dan diidamkan oleh semua mahasiswa adalah Johan Keselurahan dan anugerah Olahragawan/ti.

MALAYSIA MERDEKA 

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia

Bagi menyemarakkan lagi rasa cinta akan tanah air, MPMMJ sememangnya tidak akan terlepas dari mengadakan sambutan hari kebangsaan Malaysia pada setiap tahun. Sudah sedia maklum, bulan Ogos sehingga pertengahan September telah dikhususkan bagi menyambut persitiwa bersejarah buat negara tercinta. Pelbagai program dirangka bagi menanam semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Jordan. Antaranya ialah kempen kenali Malaysia dan pertandingan-pertandingan kebudayaan seperti pantun, sajak, nyanyian lagu patriotik serta foto dan video bertemakan kemerdekaan.

HUBUNGI KAMI

No. 5, Tayseer Na'na'ah Street Off Astana Street,

Abdoun, P.O. Box 5351 Amman 11183

Hashemite Kingdom of Jordan.

​​

Telefon: +962 7 7741 7467

Whatsapp: +962 7 7741 7467

mpmmjordan2000@gmail.com

  • Facebook - White Circle
  • Twitter - White Circle
  • YouTube - White Circle

© 2021. Hak cipta terpelihara MPMMJ.